Gambar @ Plan kolam tidak dapat disertakan buat masa ini.

Pengenalan

Nama tempatan : Tilapia Hitam / Tilapia Merah
Nama Inggeris : Black Tilapia/ Nile Bream
Nama Saintifik : Oreochromis niloticus
Kadar Tumbesaran : Boleh mencapai 500gm dalam 6 – 8 bulan
Harga Pasaran : 450 gm ke atas = RM8.00 – RM12.00 /kg
Benih : RM 0.20 – RM 1.00 / ekor


Mengapa Ikan Tilapia Popular:

  1. Mempunyai pasaran
  2. Cepat membesar
  3. Rupa bentuk ikan cantik
  4. Tulang yang sedikit
  5. Isi yang enak
  6. Tahan pada perubahan cuaca
  7. Tempoh ternakan yang singkat
  8. Teknologi sedia ada
  9. Boleh dipelbagaikan apabila diproses

KRITERIA PEMILIHAN TAPAK KOLAM

  1. Ada bekalan air : Sungai, Tali Air, Mata Air, Air Bukit...
  2. Tanah yang boleh menakung air
  3. Kemudahan asas: jalan, Elektrik...
  4. Pasaran

PEMBINAAN KOLAM

  1. Sebelum pembinaan pastikan Reka Bentuk, susunan, kedudukan bangunan, parit dll.
  2. Bersih kawasan yang akan dibina kolam.
  3. Korek kolam sedalam 4 - 5 kaki
  4. Ada 2 komponen kolam yang penting - Batas & Saluran

PERSEDIAAN KOLAM SEBELUM BENIH IKAN DILEPAS

  1. Keringkan air asal kolam [ untuk buang bakteria dalam air ]
  2. Buang lumpur & rumpai. Lumpur akan mengurangkan kualiti air.
  3. Tabur kapur di bahagian dasar, batas dan tebing. Biarkan selama 2 minggu di bawah cahaya matahari. [ pengkapuran untuk meningkatkan pH air, keras dasar kolam, hapus parasit, meninggikan kesuburan air ]
  4. Setelah dasar kolam kering masukkan air sebanyak 1/3 kolam. Taburkan baja ikan untuk menyuburkan kolam [ hasilkan plakton ]
  5. Biarkan selama 2 minggu, air akan kehijauan ikan boleh dilepaskan.

PELEPASAN BENIH IKAN

  1. Kadar pelepasan = 3000- 5000 ekor/ha
  2. Jangan dilepaskan terus kerana ikan perlu sesuaikan dengan suhu kolam. Apungkan plastik mengandungi benih ikan tersebut beberapa minit sebelum di lepaskan perlahan lahan.

PEMAKANAN

  1. Ikan Tilapia boleh makan makanan berasaskan haiwan atau tumbuhan.
  2. Terdapat 2 punca utama : Semulajadi [ Nekton, Plakton ], Tambahan [ Dedak, Kelapa ]

CARA BERI MAKAN

  1. Tabur: Ditaburkan di tepi @ tengah kolam
  2. Cuba cuba: Beri sikit sikit sehingga ikan berhenti makan. Cara ini lambat tetapi senang kawal.
  3. Pastikan beri makan di tempat yang sama.
  4. Makan 2x sehari Pagi & Petang.

AKTIVITI HARIAN

  1. Beri makan
  2. Memeriksa keadaan kolam
  3. Memeriksa kualiti air
  4. Mengawal rumpai air
  5. Mengawal pemangsa
  6. Catatan harian

PENUAIAN

  1. Ada 2 cara: Keseluruhan & sebahagian
  2. Kalau keseluruhan keringkan air
  3. Kalau sebahagian gunakan jala
  4. Selalunya ikan tidak dapat dijual terus jadi penternak perlu sediakan kolam khas untuk menyimpan ikan sebelum dipasarkan.
  5. Semasa menyimpan air batu boleh digunakan untuk menurunkan suhu dan menghalang pembiakan bakteria dan sebagainya

PENGANGKUTAN UNTUK PASARKAN IKAN

Ada 2 cara yang boleh digunakan:

  1. Bekas @ Tangki: Tong, Tangki perlu ada pengudaraan
  2. Bungkus: Sesuai bagi perjalanan jauh. Bahan pelali dan air batu digunakan untuk memastikan ikan dalam keadaan baik.

Indahnya Gunung Bongsu

Lihatlah keindahan Alam Gunung Bongsu Ciptaan Allah S.W.T


Paku Pakis






Jeram yang ganas

Air terjun dara






My Kampungku

SALAM UNTUK WARGA GUNUNG BONGSU

Mendapan tanah telah berlaku di Gunung Bongsu yang mengakibatkan jalan utama untuk masuk ke Felda Gunung Bongsu telah lenyap sama sekali dibawa arus. Aku yang baru pulang dari rantau panik seketika kerana begitu hampir terjunam maut dalam sungai. Mujuq selamat. Aku mengambil langkah drastik u-turn memasuki 2nd jalan yang mencabar di celah celah pepohon sawit yang menyeramkan untuk sampai ke rumah di puncak Gunung Bongsu.

Setelah sekian lama pihak JKR dengan sedaya upaya menyiapkan jalan akhirnya terciptalah 1 jambatan selorong yang sempit. Nasib la dapat selorong je. Syukur.

Diharap dengan adanya jambatan sempit tersebut warga Gunung Bongsu dapat menempuh hari hari yang mendatang.

Kos Permulaan

Anggaran Kos Penanaman dan Anggaran Pendapatan Tanaman Gaharu

Anggaran Kos Permulaan Penanaman bagi Seekar Tanah

1)Anak Pokok ukuran 2 kaki tinggi (RM10.00 x 500 pokok)- RM5000.00
2)Baja C.I.R.P (RM0.50 x 500 ketul)- RM250.00
3)Kos penanaman (RM1.00 x 500 pokok)- RM500.00
4)Sistem siraman (anggaran polypaip untuk seekar)- RM3500.00
5)Kayu penegak / buluh (RM0.50 x 500 batang)- RM250.00

JUMLAH- RM9,500.00


Anggaran Kos untuk 7 tahun Seekar Tanah

1)Kos penanaman awal- RM9,500.00
2)Pembajaan C.I.R.P (3 x 3 tahun x RM0.50 x 500 pokok)- RM250.00
3)Kos suntikan/ inducement pada tahun ke - 5 (RM50 x 500 pokok)- RM25,000.00
4)Kos penebangan pokok dan kutipan hasil- RMl3,500.00

JUMLAH- RM48250.00


GAHARU – Anggaran Hasil


Anggaran hasil minimun RM 1,000.00 sepokok.

Seekar (500 pokok)
- 100% RM 500,000.00
- 80% RM 400,000.00
- 50% RM 250,000.00

Kutip Hasil

Terdapat pelbagai cara yang dilakukan untuk mendapatkan gaharu daripada pokok karas :-

i) Jika gaharu didapati pada sebatang pokok, maka pokok karas ditebang keseluruhannya dan bahagian yang terdapat gaharu dipotong segera dan dibersihkan serta diasingkan mengikut kandungan damarnya. Pokok akan ditebang kira-kira 50cm dari aras tanah. Cara ini membolehkan pokok karas mengeluarkan tunas baru bagi mendapatkan hasil kali kedua.

ii) Jika didapati terdapat gaharu pada dahan pokok karas, hanya bahagian dahan sahaja dipotong tanpa menebang keseluruhan pokok.

iii) Pokok karas yang sudah dikenalpasti akan dibiar reput, bahagian ada gaharu tidak akan reput kerana struktur gaharu adalah lebih keras dari induknya.

iv) Teras akan diracik dan dibersihkan untuk mengasingkan kayu dan teras gaharu. Gaharu akan digredkan mengikut warna, bentuk dan bau.

Suntik Enzim

i) Penyuntikan bakteria dilakukan semasa umur pokok karas mencecah 5 tahun atau diameter batangnya lebih kurang 10cm – 15cm. Proses pertama, batang pokok karas akan digerudi sehingga 3 – 5 cm dalam dengan ½ inci diameter sebelum disuntik dengan bakteria.

ii) Antara jenis –jenis bakteria yang dikenalpasti ialah Antara fungi terlibat: Torula sp., Cladosporium sp., Pencillium citrinum, Aspergillus tamarii, and other Aspergillus spp., Botryodiplodia theobromae, Cytosphaera mangiferae, Epicoccum granulatum, Fusarium oxysporum, Fusarium solani & Chaetonium globosum.

iii) Penggunaan PVC atau buluh boleh menghalang daripada lubang yang digerudi tertutup semula. Pokok Karas amat kuat kerana boleh menutup lukanya dengan cepat.

iv) Pembentukan resin gaharu terjadi antara 3 bulan hingga 2 tahun selepas proses suntikan enzim bakteria. Selepas memastikan gaharu yang terhasil, pokok karas sudah sedia untuk diambil hasilnya.

Cara Tanam

i) Peringkat permulaan, tanah seeloknya dibersihkan dari semak samun dan tanah digemburkan. Untuk seekar tanah, penjarakkan 10 kaki x 10 kaki membolehkan sebanyak 430 pokok ditanam (430,000 kaki persegi / 100 kaki persegi).

ii) Penandaan jarak lubang dilakukan sebelum proses penggalian. Lubang digali berdiameter 0.5m dan pada tahap kedalaman 0.5m. Baja kompos organik digunakan untuk membantu mempercepatkan pembesaran anak karas.

iii) Pancang kayu digunakan untuk mengelakkan anak pokok senget semasa proses pembesaran.

iv) Kaedah penyiraman adalah secara titisan melalui polypaip yang dipasang bagi menjaga kelembapan tanah.

v) Semakin besar anak pokok, penjagaan semakin berkurangan. Elakkan penggunaan baja yang terlalu kerap kerana pokok yang terlalu subur akan mengurangkan hasil gaharu.

1. Apa itu Gaharu
2. Kegunaan Pokok Gaharu
3. Industri Gaharu
4. Pengurusan Pokok Gaharu
5. Penghasilan Gaharu
6. Pemprosesan Gaharu
7. Gred Gaharu

Gred Gaharu

Buat masa ini tiada gred yang seragam dan selalunya berbeza mengikut negeri. Berikut adalah gred yang dikeluarkan oleh JPSM dalam Bengkel Penyeragaman Penggredan Gaharu di Semenanjung Malaysia pada awal bulan Jun 2007 yang lalu di Kuala Lipis Pahang.

GRED

Harga (perkilogram)

Super A

RM 25,000 ke atas

Gred A

RM 20,000

Gred B

RM 18,000

Gred C

RM 15,000

Gred D

RM 8,000

Gred E

RM 3,000

Lain-lain Gred

RM 500 – RM 1,000

Gred Kayu untuk Minyak

RM 5 – RM 100

Minyak Gaharu

RM 300 – RM 350/ tola (12gm)

Pemprosesan Gaharu

Terbahagi kepada dua;

1. Industri Pemprosesan Kepingan Gaharu.

Teras di dalam pokok akan diambil setelah pokok ditebang dan dipotong mengikut bentuk dan saiz resin yang terjadi. Proses yang dipanggil mencuci biasanya akan dilakukan di rumah atau kilang kerana ia mengambil masa yang agak lama. Ia adalah proses membuang sisa kayu dari resin gaharu sehingga ia bersih dan kering. Gaharu yang siap diproses akan menjadi kepingan dan habuk dan akan digred mengikut saiz, bentuk, warna, bau Gaharu ini akan dijual kepada pekedai atau pengeksport. Kepingan gaharu ini digunakan secara dibakar untuk mendapatkan aromanya.

Kebanyakan kerja-kerja mencari dan mencuci gaharu dilakukan oleh orang asli dan penduduk melayu yang tinggal di pingir-pinggir hutan (Kajian Unit Ekonomi Hutan). Biasanya harga yang ditawarkan oleh peraih agak murah kerana kuasa ekonomi mereka dan dijual semula dengan harga yang jauh lebih tinggi.


2. Industri Memproses Minyak Gaharu

Selain gaharu yang dijual secara kepingan dan abu, ia juga diproses untuk dijadikan minyak. Menurut data dari Jabatan Perhutanan, terdapat 12 buah kilang di semenanjung Malaysia pada tahun 2007. Ia terbahagi kepada industri berskala kecil dan besar. Kebiasaan skala kecil mempunyai kurang dari 10 unit dapur dan diusahakan sendiri. Manakala, pada skala besar meraka mempunyai anatara 10 – 80 dapur dan akan mengupah pekerja seramai 2 – 3 orang atau lebih. Mereka juga memerlukan kayu gaharu sehingga 500 kg sebulan bagi menampung permintaan minyak gaharu.

Penghasilan Gaharu

Teknik inokulasi merupakan teknik menghasilkan gaharu pada pokok yang berusia 5 tahun ke atas atau diameternya mencapai 8 hingga 10 cm. Keadaan optimal perlu bersesuaian dengan batang dalam sekitar 5 cm. Setiap batang dibuat lubang dengan jarak anatara lubang sekitar 20 cm antara satu sama lain. Lubang disumbat dengan buluh atau poly paip untuk mengelakkan lubang tercantum. Selepas dimasukkan kulat ia ditutup dengan lilin, kayu dan sebagainya untuk mengelakkan air hujan masuk ke dalam lubang. Antara kulat yang digunakan ialah Furasium sp, Phytium sp, Lasiodiplodia sp, Libertela sp, Scytalidium dan Thielaviopsis sp.

Pengurusan Pokok Gaharu

Pokok Karas sesuai ditanam di antara kawasan dataran rendah hingga ke pergunungan pada ketinggian 0 – 750 meter dari paras laut dengan purata taburan hujan kurang dari 2000cm. Suhu yang sesuai adalah antara 27°C hingga 32°C dengan kadar cahaya matahari sebanyak 70%. Kesesuaian tanah adalah jenis lembut dan liat berpasir dengan pH tanah antara 4.0 hingga 6.0.

Biji benih yang berkualiti amat penting untuk tujuan pembenihan, selalunya pembenihan di lakukan oleh nurseri untuk menjamin bekalan benih tanaman dalam volume yang besar dan berkekalan. Buah karas dari jenis Aquilaria Malaccencis adalah berbentuk kapsul, 3.5 cm hingga 5 cm panjang, ovoid dan berwarna coklat. Kulitnya agak keras dan berbaldu. Mengandungi 3 hingga 4 biji benih bagi setiap buah.

Penanaman boleh dilakukan di tanah-tanah persedirian, tanah terbiar, hutan simpan atau tanah kerajaan negeri melalui permohonan. Ia juga boleh ditanam di ladang kelapa sawit, ladang kopi dan kebun di bawah pokok-pokok yang lain yang berumur antara 5 – 8 tahun. Teknik tanaman secara sistem selang atau intergrasi dengan 2 atau lebih tanaman juga boleh dilakukan. Teknik dari pendekatan Agroforestry, Inter-row planting dan Hedge planting juga boleh dilakukan.

Teknik menanam adalah dengan menggali lubang dalam jarak ukuran 6 kaki x 6 kaki, 10 kaki x 10 kaki, 10 kaki x 15 kaki dan sebagainya. Ia bergantung kepada teknik tanaman secara selang, intergrasi atau sebagainya. Anak pokok dikeluarkan dari politena bag dan dimasukkan ke dalam lubang yang digali dengan keluasan diameter dan kedalaman 0.5 meter. Tanah dipermukaan dipadatkan dengan tangan untuk memastikan akar bersentuhan rapat dengan tanah dan elakkan pengaliran air di permukaan (surface water). Kadar pembajaan tidak boleh melebihi 100 gm bagi tiap-tiap lubang iaitu dengan kadar baja NPK 15:15:15 sebayak 40 – 50 gm dan TSP sebanyak 40 – 50 gm semasa proses penanaman.

Pokok-pokok karas yang ditanam perlu dibersihkan dari gangguan pokok lain sekitar 50 cm untuk mengelakkan persaingan hidup. Kerja –kerja ini dilakukan dalam 2 – 3 kali setahun sehingga pokok berusia 5 tahun. Pengemburan 2 kali setahun adalah amat baik untuk memberi oksigen ke dalam tanah untuk melancarkan penyerapan makanan oleh pokok.

Kegunaan Pokok Gaharu

Kandungan kimia yang terdapat dalam gaharu merupakan komponen-komponen yang terdiri daripada sesquiterpenes, sesquiter-pene alcohol, kompoun oxygenated dan chromone. Selain itu, ia juga terdiri daripada komponen-komponen agarospiral, jinkohol-eramol, jinkool yang menghasilkan aroma gaharu.

Penggunaan kayu karas dalam industri perkayuaan di mana kayunya digunakan dalam industri pembuatan kotak pembungkus, papan lapis, cenderamata, perabot, kasut wanita, sarung senjata, chopstick dan lain-lain. Manakala kegunaaan gaharu banyak kepada upacara keagamaan Cina, Unanai, Ayurvedic dan upacara kaum di Tibet. Ia digunakan sebagai pengharum rumah di Timur Tengah manakala di Papua New Guinea menggunakannya sebagai ubat-ubatan tradisional oleh masyarakatnya. Di masa sekarang ia turut digunakan sebagai bahan wangian dan kosmetik.

Ciri-Ciri Spesis Aquilaria

NAMA SAINTIFIK

NEGERI / KAWASAN TABURAN SEMULAJADI

CIRI-CIRI

1. Aquilaria Hirta

Sepanjang Pantai timur, Terengganu, Pahang dan Johor

Pokok Kecil dalam lingkungan 15m tinggi, permukaan bawah daun berbulu, daun berbentuk ovate oblong.

2. Aquilaria Beccariana

Kebanyakkan tumbuh di bahagian selatan (Johor)

Pokok sederhana dalam lingkungan 20m, urat kedua daun lebih jelas, daun berwarna kelabu tidak berkilat.

3. Aquilaria Rostrata

Pahang (G. Tahan), habitat gunung.

Urat kedua daun tidak jelas.

4. Aquilaria Malaccencis

Terdapat di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak kecuali kedah dan perils.

Permukaan daun berkilat, runcing dan bujur

5. Aquilaria Microcarpa

Johor dan kawasan bakau

Pokok besar dalam lingkungan 36m, buah kecil berbentuk hati.

Industri Gaharu

Bila menyebut gaharu, ramai di antara kita yang membayangkan harganya yang begitu mahal sehingga ada yang mengatakan ia lebih bernilai dari emas. Harganya boleh mencecah sehingga RM14,000 - RM20,000 sekilogram untuk kepingan gaharu yang bermutu tinggi. Namun, semua hasil ini diambil dari hutan dan kini realitinya, pokok gaharu diancam kepupusan.

Tanpa kesedaran untuk penanaman semula, negara kita mungkin tidak lagi dapat mengeksport hasil gaharu yang begitu tinggi permintaannya ke negara-negara Timur Tengah dan juga negara lain seperti Taiwan, Jepun dan sebagainya. Mungkin kita patut menoleh ke negara jiran yang lain seperti Indonesia, Thailand dan Myamar, mereka sudah jauh meninggalkan kita dari segi teknologi dan perladangan.

Mungkin, kekurangan sumber maklumat yang tepat dan juga permulaan modal yang tinggi untuk diusahakan secara komersil menjadi faktor ia kurang diminati. Wajar, agensi - agensi kerajaan yang ada memainkan peranan dalam menyalurkan fakta yang lengkap dan perkembangan teknologi harus dicapai dalam usaha menjadikan ia sebagai industri direalisasikan.

Ramai di antara kita yang tidak sedar, usaha penanaman pokok gaharu sudahpun dilakukan oleh beberapa agensi yang ada di beberapa tempat di negara kita, juga penyelidikan dalam penghasilan gaharu melalui kaedah suntikan dan inokulasi juga giat dijalankan.Namun, kurangnya pendedahan dan pengumpulan maklumat, ia kurang memberi impak dalam pelaksanaannya.

Pada tahun 2007, teknologi dalam penghasilan gaharu telah dibawa masuk ke negara kita. Usaha menjemput Prof. Blanchette oleh satu agensi kerajaan adalah sangat tepat pada masanya. Namun, jika kita tidak mengusahakannya, teknologi itu tidak bermakna.

Berbalik kepada usaha penanaman pokok gaharu secara ladang, beberapa faktor harus dipertimbangkan seperti pemilihan anak benih, jarak tanaman, kaedah tanaman, kaedah suntikan dan pasaran. Ia harus dinilai untuk meminimakan risiko yang ada dan mendapat hasil yang maksima selepas 7 tahun pelaburan.

Pertamanya, pemilihan anak benih sering menjadi persoalan. Ada yang mengatakan spesis A lebih baik dari spesis B dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih cepat membesar dan lebih mahal. Seharusnya kita meneliti semula beberapa kajian, pokok karas sebenarnya mempunyai method yang berbeza dengan pokok lain. Pokok yang sihat dan membesar dengan cepat menghasilkan resin gaharu yang sedikit berbanding pokok yang sakit dan diganggu.

Ia sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan, pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu. Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran, spesis manakah yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang tinggi. Spesis Aquilaria Malaccencis adalah merupakan salah satu spesis yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.

Manakala kaedah penanaman, jarak penanaman 6'x6' atau 10'x10' menghasilkan jumlah tanaman pada 430 pokok atau 1,000 pokok seekar. Penanaman secara intergrasi adalah lebih meminimunkan risiko, malahan memberi pulangan jangka pendek yang boleh menampung kos keseluruhan. Sulaman boleh dilakukan dengan tanaman herba dan tanaman kontang. Penjarakkan yang sesuai harus dilihat.

Selepas pokok gaharu mencapai usia 5 tahun, suntikan sejenis enzim dilakukan untuk penghasilan gaharu dan dibiarkan selama 2 tahun sebelum mendapat hasil. Perlu diingatkan, tanpa teknologi ini pokok gaharu tidak akan membentuk gaharu di dalamnya. Berbeza dengan semulajadi, gaharu terbentuk pada usia pokok 20 - 40 tahun melalui gangguan oleh fizikal atau microrganisme.

Banyak laporan di dada akhbar dan laman web, menyatakan setiap pokok menghasilkan gaharu bernilai sehingga RM14,000 - RM18,000. Tetapi, kita perlu menilai setiap aspek dan risiko. Mungkin tidak keterlaluan jika kita meletakkan RM1,000 sahaja untuk sepokok yang menghasilkan gaharu. Bayangkan anda menanam 1,000 pokok dan anda tentu dapat mengira angkanya. Malahan jika hanya 50% sahaja yang menjadi, jumlah pendapatannya masih tinggi!

Oleh itu, amat penting untuk kita semua memperolehi sebanyak mungkin maklumat untuk merealisasikan penanaman pokok karas secara ladang. Diharapkan ada agensi yang bertindak sebagai pemantau dan dapat menyimpan data semua ladang karas di negara kita. Maklumat sebegini amat berguna untuk rujukan dimasa akan datang.

diubah suai dari web -JASBEN PLANTATION@2006

Apa Itu Gaharu


Gaharu berasal dari perkataan sanskrit "Agaru" yang bererti kayu berat yang mempunyai damar atau resin yang beraroma harum apabila dibakar.Gaharu yang mengeluarkan wangian tersendiri dan diperolehi daripada pokok karas yang mengalami masalah atau 'stress' samada akibat jangkitan penyakit, kerosakan fizikal atau kekurangan sumber untuk pertumbuhan normal.

Nama pasaran yang digunakan di peringkat antarabangsa dan tempatan pula adalah seperti Agarwood, Aloeswood, Eaglewood, Jin-koh dan Kalamabak.Kandungan Kimia : Gaharu didapati mempunyai komponen komponen utama berupa sesquiterpenes, sesquiter-pene alcohol, kompoun oxygegnated dan chromone.
Komponen-komponen lain yang lebih penting pula ialah agarospiral, jinkohol-eremol,jinkool yang menghasilkan aroma gaharu (nakanisihi et al, 1984).
Kegunaan :Digunakan dalam industri bahan wangian, perubatan, upacara keagamaan Cina, Unanai, Ayurverdic dan dibakar untuk mengharumkan rumah di negara Timur Tengah.