Kos Permulaan

Anggaran Kos Penanaman dan Anggaran Pendapatan Tanaman Gaharu

Anggaran Kos Permulaan Penanaman bagi Seekar Tanah

1)Anak Pokok ukuran 2 kaki tinggi (RM10.00 x 500 pokok)- RM5000.00
2)Baja C.I.R.P (RM0.50 x 500 ketul)- RM250.00
3)Kos penanaman (RM1.00 x 500 pokok)- RM500.00
4)Sistem siraman (anggaran polypaip untuk seekar)- RM3500.00
5)Kayu penegak / buluh (RM0.50 x 500 batang)- RM250.00

JUMLAH- RM9,500.00


Anggaran Kos untuk 7 tahun Seekar Tanah

1)Kos penanaman awal- RM9,500.00
2)Pembajaan C.I.R.P (3 x 3 tahun x RM0.50 x 500 pokok)- RM250.00
3)Kos suntikan/ inducement pada tahun ke - 5 (RM50 x 500 pokok)- RM25,000.00
4)Kos penebangan pokok dan kutipan hasil- RMl3,500.00

JUMLAH- RM48250.00


GAHARU – Anggaran Hasil


Anggaran hasil minimun RM 1,000.00 sepokok.

Seekar (500 pokok)
- 100% RM 500,000.00
- 80% RM 400,000.00
- 50% RM 250,000.00

Kutip Hasil

Terdapat pelbagai cara yang dilakukan untuk mendapatkan gaharu daripada pokok karas :-

i) Jika gaharu didapati pada sebatang pokok, maka pokok karas ditebang keseluruhannya dan bahagian yang terdapat gaharu dipotong segera dan dibersihkan serta diasingkan mengikut kandungan damarnya. Pokok akan ditebang kira-kira 50cm dari aras tanah. Cara ini membolehkan pokok karas mengeluarkan tunas baru bagi mendapatkan hasil kali kedua.

ii) Jika didapati terdapat gaharu pada dahan pokok karas, hanya bahagian dahan sahaja dipotong tanpa menebang keseluruhan pokok.

iii) Pokok karas yang sudah dikenalpasti akan dibiar reput, bahagian ada gaharu tidak akan reput kerana struktur gaharu adalah lebih keras dari induknya.

iv) Teras akan diracik dan dibersihkan untuk mengasingkan kayu dan teras gaharu. Gaharu akan digredkan mengikut warna, bentuk dan bau.

Suntik Enzim

i) Penyuntikan bakteria dilakukan semasa umur pokok karas mencecah 5 tahun atau diameter batangnya lebih kurang 10cm – 15cm. Proses pertama, batang pokok karas akan digerudi sehingga 3 – 5 cm dalam dengan ½ inci diameter sebelum disuntik dengan bakteria.

ii) Antara jenis –jenis bakteria yang dikenalpasti ialah Antara fungi terlibat: Torula sp., Cladosporium sp., Pencillium citrinum, Aspergillus tamarii, and other Aspergillus spp., Botryodiplodia theobromae, Cytosphaera mangiferae, Epicoccum granulatum, Fusarium oxysporum, Fusarium solani & Chaetonium globosum.

iii) Penggunaan PVC atau buluh boleh menghalang daripada lubang yang digerudi tertutup semula. Pokok Karas amat kuat kerana boleh menutup lukanya dengan cepat.

iv) Pembentukan resin gaharu terjadi antara 3 bulan hingga 2 tahun selepas proses suntikan enzim bakteria. Selepas memastikan gaharu yang terhasil, pokok karas sudah sedia untuk diambil hasilnya.

Cara Tanam

i) Peringkat permulaan, tanah seeloknya dibersihkan dari semak samun dan tanah digemburkan. Untuk seekar tanah, penjarakkan 10 kaki x 10 kaki membolehkan sebanyak 430 pokok ditanam (430,000 kaki persegi / 100 kaki persegi).

ii) Penandaan jarak lubang dilakukan sebelum proses penggalian. Lubang digali berdiameter 0.5m dan pada tahap kedalaman 0.5m. Baja kompos organik digunakan untuk membantu mempercepatkan pembesaran anak karas.

iii) Pancang kayu digunakan untuk mengelakkan anak pokok senget semasa proses pembesaran.

iv) Kaedah penyiraman adalah secara titisan melalui polypaip yang dipasang bagi menjaga kelembapan tanah.

v) Semakin besar anak pokok, penjagaan semakin berkurangan. Elakkan penggunaan baja yang terlalu kerap kerana pokok yang terlalu subur akan mengurangkan hasil gaharu.