Program Baru PPC Daripada Kami One Drop Sdn Bhd


Adakah anda Bosan duduk di rumah…?
Jangan lepaskan Peluang anda bersama One Drop Perfumes menjana pendapatan sampingan dari rumah.

Program PPC (Pay Per Click) akan menolong anda menjana pendapatan sampingan dari rumah. Program PPC ini adalah mudah dan senang untuk digunakan dimana anda sebagai ahli hanya mempromosikan URL PPC anda kepada kawan-kawan ataupun teman sepejabat.

Setiap kali URL PPC anda dilawat, maka anda akan diberikan POIN mengikut Pakej yang telah anda daftarkan, selain itu juga, sekiranya ada ahli baru mendaftar melalui URL PPC anda, anda akan menerima POIN tajaan. Kumpulkan seberapa banyak Poin daripada hasil lawatan pelawat melalui URL PPC anda dan juga pendaftaran prospek baru dari URL PPC anda.

Selepas anda kumpulkan Poin tersebut, anda boleh tukarkan kepada WANG TUNAI atau PRODUK ONE DROP PERFUMES….

Untuk menyertai, terdapat 4 Pakej Istimewa telah disediakan iaitu PAKEJ PERCUMA, PAKEJ STANDARD, PAKEJ ADVANCE & PAKEJ SUPREME….. Setiap pakej memberikan mata ganjaran (Poin) yang berbeza…. Yuran tersebut dikenakan sekali sahaja, dan tujuan yuran dikenakan kepada Pakej Standard, Pakej Advance & Pakej Supreme adalah bagi tujuan pembelian Produk One Drop kami.

Apa lagi anda tunggu, sertailah kami dan hasilkan pendapatan Sampingan anda sekarang…. Pendaftaran adalahPERCUMA sekiranya anda belum ada Modal





maklumat terkini mengenai gaharugunungbongsu.blogspot di

http://gaharugunungbongsu.wordpress.com

Laporan Penetapan Tarikh Awal Syawal 1431 Hijriah

Pendahuluan

Laporan penetapan tarikh awal bulan Syawal dikemukakan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam pada 13 April 2010 Miladiah untuk diterimapakai oleh ahli mesyuarat segala keputusan penetapan tersebut yang telah dianalisa mengikut kriteria Imkanur Rukyah seperti berikut :

  • Di ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk (horizon) tidak kurang dari 2° dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang dari 3°.

Atau

  • Di ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam
( selepas ijtimak berlaku).

1. Data-data Kajian Rukyah dan Hisab Awal Bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah

Koordinat Tanjung Atiam, Sabah (stesen paling timur) :

U 5° 16’ 55”
T 119° 15’ 15”

2. Koordinat Tg. Chincin di Pulau Langkawi, Kedah (stesen paling barat)

Koordinat Tanjung Atiam, Sabah (stesen paling timur) :

U 5° 16’ 55”
T 119° 15’ 15”

Penentuan Awal Syawal 1431 Hijriah adalah seperti berikut : :

1. Penetapan Awal Syawal 1431 Hijriah adalah :

1.1. Pada petang hari merukyah hilal Syawal pada 29 Ramadan 1431 Hijriah bersamaan 8 September 2010 Miladiah (Rabu). Ijtimak (conjunction) berlaku pada jam 6.30 ptg (18:30)

1.2. Data-data kedudukan hilal pada 8 September 2010 Miladiah (Rabu) seperti berikut :

J M
Matahari Terbenam : 18 06

Bulan Terbenam : 17 52

Tinggi Bulan : -04° 03’

Jarak Lengkong : 05° 09’

J M
Umur Bulan : -00 38

J M
Bulan Di ufuk Barat : -00 14

1.3 Tg. Chincin di Pulau Langkawi, Kedah (stesen paling barat)

J M
Matahari Terbenam : 19 25

Bulan Terbenam : 19 13

Tinggi Bulan : -03° 20’

Jarak Lengkong : 05° 07’

J M
Umur Bulan : 00 44

J M
Bulan Di ufuk Barat : -00 12


sumber dari jakim

tukaq layout facebook

Kalau friendster dan myspace anda boleh tukar template macam2 jenis, nampak lebih menarik dan fancy. Default template bagi profile facebook pula adalah sangat plain dan membosankan. Anda boleh menukar rupa profile facebook anda kepada layout yang lebih cun dan menarik dengan menggunakan aplikasi PageRage.

Pagerage membolehkan anda memilih beratus2 jenis layout menarik untuk profail facebook anda. Install pagerage for facebook.



Seksyen Kesalahan

SEKSYEN YANG MELIBATKAN KESALAHAN IMIGRESEN

5(2)

TIDAK MELALUI PINTU MASUK YANG SAH

6(3)

MASUK TANPA PAS/PERMIT YANG SAH

8(5)

IMIGRAN LARANGAN YANG MEMASUKI MALAYSIA

9(5)

MASUK MSIA SLPS PERINTAH LRGN PAS/PERMIT BATAL

15(4)

TINGGAL LEBIH MASA

16(3)

TIDAK MEMATUHI SYARAT IMIGRESEN

17(4)

TIDAK MEMATUHI PERINTAH/PELABUHAN YG DIWARTAKAN

18(2)

MENDARAT DI TEMPAT YG TIDAK DIBENARKAN

19(2)

LRGN NAIKI / TINGGALKAN VESSEL HINGGA TAMAT PERIKSA

20(2)

LRGN PENDARATAN/KENAIKAN KE KAPAL/VESSEL

21(2)

LRGN PEMINDAHAN BARANGAN SBLM DIPERIKSA

22(3)

GAGAL KEMUKAKAN SENARAI/HALANG KAPAL DIPERIKSA

24(2)

GAGAL LAPOR DIRI SEMASA MASUK MELALUI UDARA / LAUT

26(4)

GAGAL LAPOR DIRI SEMASA MASUK MELALUI UDARA / DARAT

27(2)

ENGGAN MEMATUHI ARAHAN KE DEPOH KETIKA MASUK

28(3)

ENGGAN MENJAWAB SOALAN KETIKA MASUK / KELUAR

30(2)

ENGGAN / MENGGELAKAN PEMERIKSAAN

36

KEMBALI SETELAH DIPINDAHKAN

39A(2)

ENGGAN MEMATUHI / MENJAWAB SOALAN DALAM SIASATAN

40(2)

ENGGAN JAWAB / HADIR SEBAGAI SAKSI

43

MEMALSUKAN AKUAN BAGI MEMBANTU MANA-MANA ORANG

45(2)

GAGAL KEMUKAKAN LAP, PENUMPANG / 'CREW' YANG TERKANDAS

46(4)

HADIR TANPA SAKSI SELEPAS PULANG (ATAS KOS KERAJAAN)

48(2)

OBLIGASI UNTUK MEMBERI PERJALANAN PERCUMA

55A(1)

TERLIBAT MEMASUKI MSIA BERTENTANGAN DGN AKTA IMM

55B(1)

MENGGAJIKAN TANPA PAS YANG SAH

55(D)

MEMALSUKAN / MEMINDA 'ENDOSMEN' ATAU DOKUMEN

56(1)(d)

MELINDUNGI ORG ASING DGN BERTENTANGAN DGN AKTA INI

56(1)(f)

MEMBERI LAPORAN / KENYATAAN PALSU

56(1)(g)

MENENTANG / MENGHALANG PI MENJALANKAN TUGAS

56(1)(h)

MENGGANGGU / MENGHALANG PEMINDAHAN DIBAWAH AKTA INI

51(5)(b)

TAHANAN MAKSIMA 14 HARI

35

TAHANAN MAKSIMA 30 HARI

34

TAHANAN MAKSIMA TIADA

117

SEK 117 KANUN ACARA JENAYAH (KAJ)

2(1)

GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN PERJALANAN (MASUK)

2(2)

GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN PERJALANAN (KELUAR)

12(1)(a)

PINDA / MENCACAT / MENGGUNA / PEROLEHI DOK / VISA / ENDORSEMEN

12(1)(b)

MENGAKUI DOKUMEN YG DIKELUARKAN PADA ORANG LAIN

12(1)(c)

PENGAKUAN / KEMUKAKAN DOKUMEN PALSU

12(1)(e)

MEMBENARKAN PASPOT DIGUNAKAN OLEH ORANG LAIN

12(1)(f)

MEMILIKI PASPOT ORANG LAIN

12(1)(g)

MEMBANTU SESIAPA MASUK MSIA DGN MENYALAHI AKTA

12(1)(h)

MEMBANTU ORG MELAKUKAN PERKARA YG BERTENTANGAN DGN AKTA

12(1)(i)

MENGHALANG PEGAWAI YG MENJALANKANKAN TUGAS

36

MASUK DI WAKTU LARANGAN

39(b)

MELANGGAR SYARAT PAS DAN PERMIT

Nota Nota Berkaitan

Ringkasan Akta imigresen

PENDAHULUAN

Pengwujudan imigresen adalah bertujuan untuk mengawal kemasukan warganegara asing ke nagara ini dengan terlebih dahulu mengambilkira hak asasi warganegara Malaysia tidak terjejas. Demi menjamin kepentingan ketenteraman awam atau sebab-sebab ekonomi, industri, social, pendidikan dan lain-lain keadaan di Malaysia maka imigresen memainkan peranan supaya kepentingan-kepentingan warganegara Malaysia tidak diganggugugat.



PERLANTIKAN

Perlantikan Ketua Pengarah malaysia sehingga ke Pegawai imigresen adalah dibawah seksyen 3 Akta Imigresen 1959/63 dan Jabatan Imigresen diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri.



TUGAS

Semua pegawai imigresen adalah dikehendaki melaksanakan tugas-tugas sebagaimana yang diperuntukan di dalam Akta Imigresen da juga melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Pengarah Imigresen samada secara terus atau melalui pegawai-pegawai yang lain. Ini termatub dibawah seksyen 38.



KUASA

Jabatan Imigresen melaksanakan tugas 'operational' dan bagi melaksanakan tugas-tugas ini Pegawai Imigresen diperuntukan kuasa-kuasa tertentu iaitu di bawah Akta Imigresen 1959/63, Peraturan Imigresen 1963 dan akta Pasport 1966 bagi tujuan melaksanakan kawalan Imigresen.


1.Kuasa menyoal-siasat orang-orang yang hendak masuk ke nagara ini.
Di pintu-pintu masuk dan keluar bagi memastkan tiap-tiap orang yang masuk dan keluar ke nagara ini melalui pemeriksaan Imigresen. Kuasa-kuasa ini adalah dibawah seksyen:-
a) seksyen 28 Akta Imigresen
b) seksyen 30 Akta Imigresen

2.Kuasa menyoal-siasat sek.39(A)
Boleh membuat soal-siasat sesiapa:
a) yang ingin masuk ke Malaysia
b) yang mohon Pas, Permit dan Sijil
c) untuk membuktikan pemohon pas, permit dan Sijil adalah bukan dari
golongan orang yang dilarang masuk mengikut sek.8
d) untuk membutikan kehadiran seseorang di negara ini sah disisi undang-
undang.
e) Dalam melakukan soal-siasat, pegawai juga boleh:
i.mengarahkan pemohon mengemukakan dokumen perlu sebagai bukti.
ii.mengarah seseorang menghadirkan diri untuk disoal-siasat
iii.mengarah seseorang untuk diperiksa oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

3.Kuasa Menangkap Menahan Dan mengusir

a) sek.35
-kuasa menangkap seseorang yang dipercayai boleh diusir dari Malaysia
tanpa waran.
-kuasa menahan seseorang di penjara, balai polis atau depoh imigresen
tidak melebihi 30 hari untuk menentukan samada seseorang itu perlu
diusir atau tidak.
b) sek.39(1)
- Mempunyai kuasa pegawai polis bagi melaksanakan mana-mana Akta I
Imigresen berkaitan penangkapan, penahanan dan pengusiran.
c) sek 39(2)
-Kuasa pegawai untuk hadir dan dakwa di mahkamah

4.Kuasa Mengeledah Dan Menangkap

sek 51(1):
-kuasa geledah dan tangkap tanpa waran oleh:
a) pegawai kanan imigresen (Tim.Penolong Pengarah dan ke atas)
b) pegawai kanan polis (Inspektor dan ke atas)
c) lain-lain pegawai polis yang dibenarkan oleh KP Imigresen
d) pegawai kastam yang diarahkan oleh pegawai kanan imigresen.

5.Kuasa Siasatan

a) Sek. 51(5) (a) & sek.28 C.P.C
- warganegara yang ditangkap boleh ditahan untuk tujuan siasatan
dengan mengemukakan orang berkenaan ke Mahkamah dalam
tempoh 24 jam.
b) Bukan warganegara yang ditangkap boleh ditahan selama 14 hari dan
jika perlu lanjutan, boleh mohon di Mahkamah.

6.Kuasa Mendakwa
Setiap pegawai Imigresen diperuntukan kuasa mendakwa di bawah
sek.39(2) Akt. Im. dengan syarat mendapat izin mendakwa (sanction) drp:
-KP Imigresen atau
-Pendakwaraya atau
-Timbalan Pendakwaraya


7.Kuasa Mengusir

a) sek.31-mengusir org yg dilarang masuk dibawah sek.8
b) sek.32-mengusir orang asing yang dijatuhkan hukuman di bawah
sek. 5, sek.6, sek.8 dan sek. 9
c) sek.33(1)-mengusir org asing yang hadir secara tidak sah disebabkan
oleh sek.9,15 atau 60.
d) sek 56(2)-mengusir org asing yang masuk, masuk semula atau cuba
masuk/masuk semula ke Malaysia secara tidak sah
-mengusir org asing yang berada di Malaysia samada tindakan
mahkamah di ambil atau tidak.
e) sek.36-mengusir semula org asing yang masuk semula dan berada di
Malaysia.
- Orang asing yang akan diusir, boleh ditahan di penjara, balai polis atau
depoh imigresen sebagai persiapan mengikut sek.34


TINDAKAN DI PINTU MASUK

Di pintu-pintu masuk Pegawai-Pegawai Imigresen dipertanggungjawabkan
membuat pemeriksaan pelaway-pelawat yang ingin memasuki Malaysia dengan berbagai tujuan seperti:
i) Melancung (social)
ii) Bekerja
iii) Transit
iv) Belajar
v) Berniaga

Di samping itu para pegawai harus mengenal pasti orang-orang yang di larang
masuk sebagaimana yang terdapat dalam seksyen 8 Akta Imigresen.
Golongan yang tidak dibenarkan masuk (prohibited immigrant) adalah seperti
berikut:

1. yang tidak mempunyai bukti boleh menyara diri atau keluarga semasa
berada di Malaysia.
2. yang ada sakit otak / penyakit berjangkit
3. yang enggan diperiksa oleh pegawai perubatan
4. yang telah dikenakan hukuman penjara dimana-mana negara dan belum
mendapat pengampunan.
5. pelacur
6. yang disyaki membawa masuk pelacur
7. pengemis
8. yang kemasukannya bertentangan dengan undang-undang negara
9. yang menentang kerajaan dan berniat untuk menggulingkan kerajaan
10. yang menjadi ahli pertubuhan yang diharamkan oleh Malaysia
11. yang tidak diingini oleh Menteri
12. yang diusir oleh mana-mana kerajaan atas apa jua sebab.
13. yang tidak mempunyai paspot yang sah / mempunyai paspot palsu
14. keluarga kepada orang-orang yang dilarang masuk
15. yang mempunyai pas/permit telah dibatalkan.



CARA-CARA KEMASUKAN

Semua orang yang ingin memasuki Malaysia mesti melalui pintu masuk yang
telah diwartakan kecuali jika ada sebab-sebab yang munasabah seperti kemalangan.

KEMASUKAN MELALUI UDARA

Sekiranya seseorang itu tiba dengan pesawat udara dan semasa pemeriksaan didapati tergolong dalam golongan orang yang dilarang masuk, maka orang itu tidak dibenarkan keluar dari kawasan lapangan terbang dan hendaklah diperiksa keluar dari negara ini secepat mungkin (First available flight).

KEMASUKAN MELALUI LAUT

Seseorang yang tiba dengan kapal laut dan masuk ke nagara ini melalui pelabuhan, tidak boleh meninggalkan kapal melainkan setelah diperiksa oleh Pegawai Imigresen. Sekiranya semasa pemeriksaan didapati ada orang yang y dinyatakan oleh seksyen 8, maka kemasukannya akan ditolak dan tidak dibenarkan turun dari kapal.

KEMASUKAN MELALUI DARAT

Setiap orang yang memasuki Malaysia melalui jalan darat mesti melalui pintu masuk yang diwartakan dan hendaklah melaporkan diri ke pejabat / pos imigresen yang berhampiran untuk diperiksa.

KUASA MENYOAL-SIASAT DI BAWAH SEKSYEN 50

Pegawai Imigresen boleh memajukan pertanyaan terhadap seseorang yang dipercayai boleh diusir keluar. Orang yang disoal-siasat mesti menjawab semua soalan dan jika dikehendaki, mengemukan semua dokumen yang diperlukan.

KUASA MENTERI MEMBUAT PERATURAN

Seksyen 54 Akta Imigresen memberi kuasa kepada Menteri di Kementerian Dalam Negeri untuk membuat peraturan seperti berikut:
a) Menentukan borang-borang yang digunakan.
b) Tempoh sahlaku permit, kuasa mengeluarkan permit dan syarat-syarat
syarat pengeluran permit.
c) Syarat pengeluran pas
d) syarat pengeluran Sijil perakuan Taraf
e) Menentukan bayaran dan pengambilan wang oleh pihak Kerajaan
terhadap penahanan, penjagaan, rawatan dan pengusiran orang-orang
yang diusir keluar.
f) Menentukan tempat dimana permohonan boleh dibuat.
g) Menentukan bayaran dan deposit
h) Lain-lain peraturan sebagaimana di bawah sek. 54(1)



KESALAHAN IMIGRESEN

Kesalahan-kesalahan dibawah Akta imigresen yang boleh didakwa termasuklah:

a) memberi perlindungan kepada orang yang melakukan kesalahan dibawah
akta.
b) membuat pengakuan palsu yang berkaitan dengan akta
c) menghalang pegawai menjalankan tugas
d) menghalang pegawai secara tidak sah melakukan pengusiran
e) menjual atau membenarkan orang lain menggunakan Permit, Pas atau Sijil
yang telah dikeluarkan.
f) Mengemukakan keterangan palsu untuk dapatkan Permit, Pas atau sijil
untuk diri sendiri atau untuk orang lain.
g) menggunakan Permit, Pas atau sijil yang telah dipinda atau palsu.


HUKUMAN

Sesiapa yang disabitkan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 boleh dikenakan hukuman RM 10,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.



NOTA INI TELAH DISEDIAKAN OLEH TPPI TUAN HJ.SHAMSUDDIN BIN HAJI MOHD.YUSOFF.