Nama Inggeris : Black Tilapia/ Nile Bream
Nama Saintifik : Oreochromis niloticus
Kadar Tumbesaran : Boleh mencapai 500gm dalam 6 – 8 bulan
Harga Pasaran : 450 gm ke atas = RM8.00 – RM12.00 /kg
Benih : RM 0.20 – RM 1.00 / ekor
Mengapa Ikan Tilapia Popular:
- Mempunyai pasaran
- Cepat membesar
- Rupa bentuk ikan cantik
- Tulang yang sedikit
- Isi yang enak
- Tahan pada perubahan cuaca
- Tempoh ternakan yang singkat
- Teknologi sedia ada
- Boleh dipelbagaikan apabila diproses
KRITERIA PEMILIHAN TAPAK KOLAM
- Ada bekalan air : Sungai, Tali Air, Mata Air, Air Bukit...
- Tanah yang boleh menakung air
- Kemudahan asas: jalan, Elektrik...
- Pasaran
PEMBINAAN KOLAM
- Sebelum pembinaan pastikan Reka Bentuk, susunan, kedudukan bangunan, parit dll.
- Bersih kawasan yang akan dibina kolam.
- Korek kolam sedalam 4 - 5 kaki
- Ada 2 komponen kolam yang penting - Batas & Saluran
PERSEDIAAN KOLAM SEBELUM BENIH IKAN DILEPAS
- Keringkan air asal kolam [ untuk buang bakteria dalam air ]
- Buang lumpur & rumpai. Lumpur akan mengurangkan kualiti air.
- Tabur kapur di bahagian dasar, batas dan tebing. Biarkan selama 2 minggu di bawah cahaya matahari. [ pengkapuran untuk meningkatkan pH air, keras dasar kolam, hapus parasit, meninggikan kesuburan air ]
- Setelah dasar kolam kering masukkan air sebanyak 1/3 kolam. Taburkan baja ikan untuk menyuburkan kolam [ hasilkan plakton ]
- Biarkan selama 2 minggu, air akan kehijauan ikan boleh dilepaskan.
PELEPASAN BENIH IKAN
- Kadar pelepasan = 3000- 5000 ekor/ha
- Jangan dilepaskan terus kerana ikan perlu sesuaikan dengan suhu kolam. Apungkan plastik mengandungi benih ikan tersebut beberapa minit sebelum di lepaskan perlahan lahan.
PEMAKANAN
- Ikan Tilapia boleh makan makanan berasaskan haiwan atau tumbuhan.
- Terdapat 2 punca utama : Semulajadi [ Nekton, Plakton ], Tambahan [ Dedak, Kelapa ]
CARA BERI MAKAN
- Tabur: Ditaburkan di tepi @ tengah kolam
- Cuba cuba: Beri sikit sikit sehingga ikan berhenti makan. Cara ini lambat tetapi senang kawal.
- Pastikan beri makan di tempat yang sama.
- Makan 2x sehari Pagi & Petang.
AKTIVITI HARIAN
- Beri makan
- Memeriksa keadaan kolam
- Memeriksa kualiti air
- Mengawal rumpai air
- Mengawal pemangsa
- Catatan harian
PENUAIAN
- Ada 2 cara: Keseluruhan & sebahagian
- Kalau keseluruhan keringkan air
- Kalau sebahagian gunakan jala
- Selalunya ikan tidak dapat dijual terus jadi penternak perlu sediakan kolam khas untuk menyimpan ikan sebelum dipasarkan.
- Semasa menyimpan air batu boleh digunakan untuk menurunkan suhu dan menghalang pembiakan bakteria dan sebagainya
PENGANGKUTAN UNTUK PASARKAN IKAN
Ada 2 cara yang boleh digunakan:
- Bekas @ Tangki: Tong, Tangki perlu ada pengudaraan
- Bungkus: Sesuai bagi perjalanan jauh. Bahan pelali dan air batu digunakan untuk memastikan ikan dalam keadaan baik.